Monday 12 December 2011

Bentuk 2 matra dan 3 matra

Setelah melihat video yang disediakan cikgu amat berharap agar adik-adik sudah dapat mengenali bentuk-bentuk:
  1. segi empat sama
  2. segi empat tepat
  3. segitiga
  4. bulatan
  5. kubus
  6. kuboid
  7. sfera
Bentuk-bentuk ini amat penting dalam kehidupan seharian kita. Contohnya TELEVISYEN(TV) kita berbentuk SEGIEMPAT TEPAT dan BOLA pula bentuknya ialah SFERA.

    Wednesday 23 November 2011

    KENAL BENTUK DAN CIRINYA


    Adik-adik perlu mencuba aktiviti yang disediakan untuk mengukuhkan pengetahuan adik-adik tentang bentuk.Jangan malu-malu!!


    Seronoknya sarkas bentuk!! Cikgu harap adik-adik dapat mengingati nama-nama bentuk yang ditunjukkan.



    Menarikkan? Lihat, kita boleh membina keretapi menggunakan bentuk 2 matra.Sebenarnya adik-adik boleh  menggunakan bentuk-bentuk 2 matra untuk membina pelbagai benda. Contohnya untuk membina KLCC, gambar pokok dan lori. Cikgu harap adik-adik akan dapat membina benda-benda lain menggunakan bentuk yang telah kita pelajari. Gunakan idea kreatif adik-adik. Selamat mencuba!




    Setelah adik-adik menonton video ini cikgu berharap agar adik-adik  cuba mengingat dan menghafal nama bentuk-bentuk dalam Bahasa Inggeris. Selamat Mencuba!

    Hiburkan hati adik-adik dengan lagu BORIA BENTUK.


    Video ini akan menayangkan rupa bentuk-bentuk 3 matra seperti  kubus,kuboid, dan sfera yang telah cikgu terangkan tadi. Cikgu berharap agar adik-adik memberikan perhatian dan melihat dengan teliti bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh video ini.Jangan hanya dengar sahaja tau!!! Sambil itu cuba ingat nama-nama bentuk yang abang boria nyanyikan.. Cuba gambarkan kembali bagaimana rupa bentuk segiempat sama, kubus dan  kuboid?

    Tuesday 22 November 2011

    Matematik Itu Mudah?

    Tahukah adik-adik bahawa matematik itu sebenarnya mudah? Semua orang beranggapan matematik itu susah,membosankan dan leceh.... Anggapan itu salah!!!!! Mari kita lihat MATEMATIK yang menyeronokkan..

    Hari ini cikgu akan mengajar adik-adik satu tajuk yang sangat menarik!! Cuba teka??

    Tajuk hari ini ialah BENTUK dan RUANG. Mari kita mengenal apa itu BENTUK dan RUANG.
    PASTI MENARIK!!!!

    Hari ini cikgu akan mengajar adik-adik yang berada dalam Tahun 2 dan Tahun 3 tentang satu tajuk yang penting iaitu tajuk RUANG dan BENTUK. Dalam sesi ini cikgu akan menekankan dan mengajar adik-adik apa itu Bentuk.

    Semasa dalam Tahun 2 dan Tahun 3 adik-adik hanya perlu mengenal bentuk-bentuk asas sahaja iaitu bentuk segiempat,segitiga dan bulatan.

    Apa yang dimaksudkan dengan bentuk? Bentuk ialah RUPA sesuatu benda. Contohnya kereta. Rupa dan bentuk kereta ialah gabungan bentuk segiempat tepat pada badan kereta dan bulatan pada tayarnya. 

    Adik-adik akan belajar bentuk-bentuk 2 matra yang dinamakan:
    1. segiempat sama
    2. segiempat tepat
    3. segitiga
    4. bulatan
    Bentuk-bentuk 3 matra pula ialah:

    1. kubus
    2. kuboid
    3. sfera
    Untuk melihat rupa bentuk-bentuk yang diterangkan adik-adik perlu menonton video yang telah cikgu sediakan. Selamat menonton...