Tuesday, 22 November 2011

Matematik Itu Mudah?

Tahukah adik-adik bahawa matematik itu sebenarnya mudah? Semua orang beranggapan matematik itu susah,membosankan dan leceh.... Anggapan itu salah!!!!! Mari kita lihat MATEMATIK yang menyeronokkan..

Hari ini cikgu akan mengajar adik-adik satu tajuk yang sangat menarik!! Cuba teka??

Tajuk hari ini ialah BENTUK dan RUANG. Mari kita mengenal apa itu BENTUK dan RUANG.
PASTI MENARIK!!!!

Hari ini cikgu akan mengajar adik-adik yang berada dalam Tahun 2 dan Tahun 3 tentang satu tajuk yang penting iaitu tajuk RUANG dan BENTUK. Dalam sesi ini cikgu akan menekankan dan mengajar adik-adik apa itu Bentuk.

Semasa dalam Tahun 2 dan Tahun 3 adik-adik hanya perlu mengenal bentuk-bentuk asas sahaja iaitu bentuk segiempat,segitiga dan bulatan.

Apa yang dimaksudkan dengan bentuk? Bentuk ialah RUPA sesuatu benda. Contohnya kereta. Rupa dan bentuk kereta ialah gabungan bentuk segiempat tepat pada badan kereta dan bulatan pada tayarnya. 

Adik-adik akan belajar bentuk-bentuk 2 matra yang dinamakan:
  1. segiempat sama
  2. segiempat tepat
  3. segitiga
  4. bulatan
Bentuk-bentuk 3 matra pula ialah:

  1. kubus
  2. kuboid
  3. sfera
Untuk melihat rupa bentuk-bentuk yang diterangkan adik-adik perlu menonton video yang telah cikgu sediakan. Selamat menonton...




      No comments:

      Post a Comment